حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ، قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، ح. قَالَ وَحَدَّثَنِي بِشْرٌ، قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ سُلَيْمَانَ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَلْقَمَةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ لَمَّا نَزَلَتِ {الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ} قَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَيُّنَا لَمْ يَظْلِمْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ {إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ}.
Ketika ayat berikut diturunkan: "Iaitu orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (mensyirikkan Allah)." (6:83), para sahabat Rasulullah ﷺ bertanya, "Siapakah di antara kami yang tidak melakukan kezaliman (kesalahan)?" Kemudian Allah menurunkan: "Sesungguhnya mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar." (31:13)